LONDON: Manchester United menggantikan Real Madrid sebagai kelab bola sepak paling kaya di dunia selepas pendapatannya meningkat kepada rekod AS$735 juta ($1.05 bilion) pada tahun kewangan 2015-16, menurut Liga Wang tahunan Deloitte yang diterbitkan semalam.
Juara England sebanyak 20 kali itu akhirnya mengatasi Real - yang menguasai kedudukan itu selama 11 tahun - menyusuli kejayaannya melayakkan diri ke Liga Juara- Juara serta pendapatan komersial yang bertambah sebagai faktor utama terhadap kenaikannya.