SERAMAI 1,000 peserta dari 33 negara telah mengambil bahagian dalam acara sulung International Bintan Marathon yang diadakan di pulau Bintan pada Ahad lalu.
Daripada jumlah tersebut, Singapura merupakan negara yang mempunyai bilangan peserta terbesar dengan 600 pelari yang bertanding dalam tiga jarak perlumbaan berbeza - 42 kilometer; 21km dan 10km.