Maraton Sukan SEA: Soh Rui Yong raih pingat emas acara lelaki buat Team SG

KEBANYAKAN penduduk Kota Singa masih dibuai mimpi; tapi Soh Rui Yong telah memenangi emas pertama Team Singapore dalam acara maraton yang bermula pada dini hari 7 Jun.

Ia adalah pingat pertama bagi acara atletik untuk pasukan tuan rumah.

Soh mencatat masa 2 jam 34.55 minit (2:34.55) bagi memenangi acara maraton lelaki dalam keadaan cuaca hujan renyai dan dingin.

Peserta Thai Boonthung Sirsung (2:35.08) meraih perak dan pingat gangsa dimiliki Nguyen Thanh Hoang dari Vietnam yang mencatat masa 2:37.09.

Kemenangan Soh mempertahankan mahkota maraton yang dimenangi Team Singapore menerusi Mok Ying Ren di Myanmar dua tahun lalu. Mok tidak beraksi kali ini kerana kecederaan.

Setakat ini, Team Singapore telah memenangi 18 pingat emas di hari kedua pertandingan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.