Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mardan kekalkan tumpuan serta sentuhan cemerlang untuk juarai MST Golf Classic

Sep 17, 2015 | 12:48 PM



PEMAIN golf nombor satu negara, Mardan Mamat, memanfaatkan segala pengalamannya untuk menjuarai kejohanan MST Golf Classic 2015 di padang berliku dan penuh cabaran di Laguna National World Classic semalam (16 September).


Kejohanan tiga hari itu dipendekkan kepada dua hari - hari kedua dibatalkan kerana hujan dan petir - tetapi Mardan mengekalkan tumpuan dengan pukulan-pukulan hebat semasa mencatatkan lima 'birdie' daripada lubang ketujuh hingga ke-11 bagi skor keseluruhan 144 pukulan.


"Beberapa bulan mendatang ini juga adalah tempoh yang sibuk bagi saya dalam mengharungi Jelajah Asia, jadi saya gembira menghadapi babak-babak hujung musim ini dengan prestasi yang yang baik.


"Kunci bermain golf ialah perlahan-lahan dan tidak mudah goyah, lebih-lebih lagi di padang (Laguna) ini. Saya bermain dengan penuh sabar dan cuba mengekalkan permainan yang konsisten," ujar Mardan, 47 tahun, mengenai kemenangannya itu.


Dua pencabar terdekat - Mitchell Slorach dan Lam Chih Bing - turut mendapati keadaan padang dan cuaca begitu mencabar apabila masing-masing dikenakan 'triple-bogey' pada lubang ke-17 dan ke-18 dan akhirnya terpaksa berpuas hati menamatkan saingan, bersama-sama Scott Barr, di tempat kedua - dua pukulan di belakang Mardan.


Kemenangan terbaru itu meneruskan prestasi cemerlang Mardan sejak hujung tahun lalu - kemenangan di kejohanan Resorts World Manila Masters di Filipina menamatkan kemarau kejuaraan yang dilalui selama lebih dua setengah tahun.


Ia diikuti dengan kemenangannya di Sabah Masters awal tahun ini dan menduduki tempat ketiga di Terbuka Mauritius awal Mei.


Penghujung bulan itu turut menyaksikan Mardan menjulang trofi kejuaraan Terbuka Bangladesh Bashundhara - kejuaraan kelimanya dalam Jelajah Asia sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >