OLAHRAGAWATI Team Singapore meraikan pingat emas keduanya di temasya Sukan Komanwel yang berlangsung di Gold Coast ini selepas srikandi muda menembak, Martina Veloso, meneruskan sentuhan cemerlangnya.
Semalam, Martina menghadiahkan pingat emas kedua kepada negara melalui acara 50 meter rifel 'prone' dengan mencatatkan 621.0 mata dalam pusingan akhir acara yang berlangsung di Pusat Menembak Belmont di bandar Australia ini.