Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Martinez: Everton dinafikan tempat ke final Piala Liga 'secara tidak adil'

Jan 28, 2016 | 05:24 PM



MANCHESTER: Pengurus Everton, Roberto Martinez, mengadu bahawa pasukannya dinafikan secara tidak adil tempat di final Piala Liga England selepas kekalahan penuh kontroversi kepada Manchester City dinihari semalam.


Everton mempunyai kelebihan 3-2 melalui agregat dalam pertemuan kedua di Stadium Etihad itu sebelum gol penyamaan City jaringan Kevin De Bruyne sekalipun selepas Raheem Sterling jelas kelihatan menguis bola - yang sudah pun melintasi garisan padang - sebelum membuat hantaran kepada rakan sepasukannya dari Belgium itu.


Enam minit kemudian, De Bruyne melambungkan bola bagi Sergio Aguero menanduk gol kemenangan City yang menang dengan keputusan agregat 4-3 - bagi pertemuan dengan Liverpool dalam final di Wembley bulan depan.


"Ia seharusnya keputusan yang jelas... bola sudah pun keluar padang," ujar Martinez.


"Gol kedua itu, pada saya, memainkan peranan besar yang menjejas peluang kami berjaya ke Wembley atau tidak. Sebab itulah ia begitu mengecewakan sekali.


"Anda tidak kisah jika City beraksi cemerlang dan menyumbatkan tiga gol (tetapi) adalah sukar untuk kami mendapatkan jawapan... mencari sebab mengapa kami tersingkir.


"Ia begitu mengecewakan dan tidak adil sama sekali," tambah pebgurus Everton itu.


Ditanya jika insiden itu menekankan pentingnya memperkenalkan teknologi video bagi sukan itu, Martinez menjawab:


"Soalan saya ialah perlukah kami menggunakan teknologi untuk mendapatkan keputusan yang betul tadi?


"Bagi saya, ia (bola melintasi garisan padang) begitu jelas sekali. Saya tentunya menjangkakan keputusan yang tepat daripada seorang penjaga garisan bertaraf Liga Perdana atau antarabangsa. Saya menjangkakan seorang pengadil yang baik akan berada pada posisi yang betul (untuk mengesan sama ada bola terkeluar padang atau tidak)."


Kemasukkan De Bruyne pada minit ke-66 mengubah haluan permainan.


Namun, wira City itu terpaksa diusung padang di babak penghujung selepas mengalami kecederaan pada lutut kanannya menyusuli terkaman garang Ramiro Funes Mori.


Pemain berusia 24 tahun itu dijangka menjalani pemeriksaan lanjut semalam tetapi pengurus Manuel Pellegrini melahirkan keyakinan bahawa De Bruyne tidak akan terkeluar bagi baki musim ini.


Pellegrini menolak keluhan rakan sejawatannya dari Everton itu dengan menyebut bahawa City juga terpaksa menanggung keputusan-keputusan yang tidak memihaknya semasa pertemuan separuh akhir pertama serta perlawanan antara kededua kelab itu baru-baru ini yang berakhir dengan seri tanpa gol.


"Mungkin pengadil telah tersilap tetapi saya fikir jika ada satu perkara yang seharusnya diperbesarkan Everton ialah (prestasi) pengadil.


"Ia hanya satu kesilapan berbading empat atau lima kesilapan (yang ditanggung City). Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik dan sewajarnya melayakkan diri ke final," ujar pengurus asal Chile itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >