Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Martinez ghairah dengan kedatangan Cleverly, Deulofeu

Jul 13, 2015 | 10:42 PM



PENGURUS Everton, Roberto Martinez, mengalu-alukan kedatangan dua pemain barunya dengan mengatakan mereka mampu menguatkan lagi skuad beliau.


Dua pemain yang dimaksudkannya itu ialah Tom Cleverly, bekas pemain Manchester United, dan Gerard Deulofeu, bekas pemain Barcelona.


Martinez, yang tiba di sini lewat petang tadi bersama skuad Everton berkata: "Saya amat ghairah dengan kedatangan Tom dan Gerard ke Everton. Tom telah pun mempunyai hubungan yang baik dengan pemain antarabangsa England (dalam skuad Everton) dan beliau memang hebat."


Martinez berkata beliau gembira dengan skuadnya sekarang, terutama selepas mendapat dua pemain baru itu. Tetapi Martinez membayangkan bahawa beliau mungkin menguatkan lagi skuadnya dengan mendapatkan dua pemain lagi sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapakah pemain yang menjadi sasaran Everton.


Mengenai kejohanan Trofi Barclays Asia Singapura yang bakal disertai Everton, Martinez menganggapnya sebagai penting untuk persiadaan pasukannya.


"Stoke ialah sebuah pasukan yang kuat dan mereka menamatkan kempen (liga tahun lalu) dengan baik," katanya mengenai pasukan Liga Perdana yang bakal ditemuinya esok dalam perlawanan pembukaan kejohanan.


Sementara itu, penjaga gawang Everton, Tim Howard, berkata bahwa kejohanan tersebut sangat penting bagi mereka untuk kembali bersama dalam pramusim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >