Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masters Monte Carlo: Djokovic ditundukkan pemain nombor ke-55 dunia

Apr 14, 2016 | 07:28 AM



MONACO: Juara bertahan, Novak Djokovic, kalah mengejut 6-4, 2-6, 6-4 kepada Jiri Vesely, pemain nombor ke-55 dunia dari Republik Czech, dalam pusingan kedua Masters Monte Carlo pada Rabu (13 Apr).



Djokovic, yang memenangi dua daripada tiga kejuaraan terakhir di kerajaan Monaco dan pemain paling dominan dalam ranking ATP sejak dua musim lalu, tidak pulih setelah kalah dalam set pembukaan.



Pemain Serbia itu turun ke gelanggan dengan 22 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan Masters 1000, dengan kekalahan terakhir pada Ogos lalu di Cincinnati menentang Roger Federer dalam perlawanan akhir.



Pemain nombor satu dunia 1 itu memenangi 14 perlawanan terakhirnya dan sudah memegang empat gelaran tahun ini (2016), termasuk Masters AS dua kali di Indian Wells dan Miami bulan lepas.



Kekalahan kepada Vesely juga kali pertama Djokovic disingkir seawal pusingan kedua dalam sembarang kejohanan sejak Masters Madrid pada 2013. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >