NEWCASTLE: Kecederaan yang mengakhiri musim penjaga gawang Tim Krul boleh menyebabkan Newcastle kehilangan 20 mata, kata pengurus kelab itu Steve McLaren.
Krul, pemain antarabangsa Belanda, akan terlepas beraksi bagi baki musim Liga Perdana England selepas mengalami kecederaan di lututnya dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016 minggu lalu.