DUA tahun lalu, penggiat bina badan, Juanda Saffian Jurawi, mengambil keputusan keluar dari gimnasium dan mencuba sukan bot naga semata-mata ingin melakukan sesuatu yang baru.
Selang beberapa sesi latihan bersama pasukan bot naga tempat kerjanya, hati penyelia berusia 41 tahun dengan SMRT itu mula terpaut pada sukan yang memerlukan disiplin diri yang tinggi itu.