Menembak Sukan SEA: Teo Shun Xie menang emas ketiga Team Singapore

Teo Shun Xie memenangi pingat emas ketiga pasukan menembak negara apabila menunjukkan prestasi cemerlang untuk memenangi emas 10 meter pistol angin individu wanita yang berakhir di Safra Yishun sebentar tadi (7Jun).

Awal pagi tadi, beliau serta dua rakannya, Nicole Tan dan Teh Xiu Hong turut menyumbangkan pingat gangsa melalui acara 10 meter pistol angin berpasukan.

Tiga serangkai lelaki, Gai Bin, Poh Lip Meng dan Lim Swee Hon, turut memenangi gangsa bagi 10 meter pistol angin berpasukan lelaki.

Semalam, pasukan menembak turut memenangi dua emas dan sebutir perak di hari pertama acara itu berlangsung sempena Sukan Sea 2015 ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.