DUBAI: Superstar Argentina, Lionel Messi (atas), dan kelabnya, Barcelona, muncul sebagai pemenang utama di Anugerah Bola Sepak Dunia yang berlangsung di sini kelmarin.
Messi, yang tiba di majlis gilang-gemilang itu dari Argentina, diiktiraf dengan Anugerah Pemain Terbaik manakala kelabnya dari La Liga Sepanyol itu merangkul Anugerah Pasukan Terbaik.