SIAPA kata bintang Lionel Messi kurang bersinar apabila menyarung jersi Argentina?
Bintang Barcelona dan pemenang empat anugerah Pemain Terbaik Dunia itu meledakkan kemampuan sebenarnya pagi semalam ketika menjaringkan gol cantik bagi membantu Argentina mengalahkan Bosnia Herzegovina 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F.