MADRID: Lionel Messi menyumbatkan gol ke-400 sepanjang kerjayanya manakala Neymar mencatatkan hatrik semasa membantu Barcelona membelasah Granada 6-0 dalam La Liga awal pagi semalam.
Messi, yang menemui sasaran dua kali dalam perlawanan itu, menjadikan jumlah golnya di peringkat kelab kepada 359 - tidak termasuk 42 gol bagi negaranya sepanjang 525 perlawanan bagi kelab dan negaranya.