Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi menang anugerah Ballon d'Or Fifa kali kelima

Jan 12, 2016 | 10:54 AM



ZURICH: Lionel Messi merampas semula anugerah pemain dunia terbaik, atau Ballon d'Or, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tahun ini pada Isnin (11 Jan), selepas menyaksikan pesaing utama Cristiano Ronaldo memenanginya sejak dua tahun sebelumnya.


Pemain Barcelona dan Argentina itu mendahului Ronaldo dan penyerang Brazil, Neymar, apabila beliau meraih anugerah tersebut kali kelima keseluruhannya, termasuk empat tahun berturut-turut pada 2009-2012.


Messi membantu Barcelona memenangi tiga kejuaraan - Liga Sepanyol, Piala Liga dan Liga Juara-Juara Eropah - serta Piala Kelab Dunia dan juga membawa Argentina ke final Copa Amerika, di mana mereka kalah kepada Argentina.


"Ia luar biasa, lebih daripada apa pun yang saya impikan semasa kanak-kanak," kata Messi apabila menerima anugerah itu.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, tanpa mereka semua ini tidak mungkin dapat dicapai."


Luis Enrique daripada Barcelona dipilih jurulatih terbaik 2015.


Pemenang Piala Dunia Amerika Syarikat, Carli Lloyd, yang menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir menentang Jepun, dinamakan sebagai pemain wanita terbaik.


Ronaldo menamatkan musim lalu dengan Real Madrid tanpa sebarang trofi walaupun beliau membantu Portugal layak ke Euro 2016.


Neymar memenangi tiga kejuaraan bersama Messi di Barcelona tetapi menghadapi pengalaman kurang manis Brazil, termasuk digantung empat perlawanan antarabangsa selepas dibuang padang semasa Copa America.


Majlis penyampaian di teater Zurich Kongresshaus diadakan di tengah-tengah Fifa melalui krisis rasuah paling teruk sejak ia ditubuhkan pada 1904.


Presiden Fifa, Sepp Blatter, tidak terlibat dalam majlis tersebut kerana digantung lapan tahun oleh Jawatankuasa Etika bulan lalu.


Blatter digantikan oleh pemangku president Issa Hayatou.


Anugerah Presiden, secara tradisinya diberi bagi perkhidmatan cemerlang kepada sukan itu, tidak diberi kali ini. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >