PIALA DUNIA 2014

Messi menyerlah, bantu Argentina tundukkan Nigeria 3-2

Walau tewas, Nigeria mara ke pusingan kedua bersama Argentina. Ia akan bertemu juara Kumpulan E, Perancis dalam pusingan kedua. Argentina bertemu Switzerland.

NIGERIA mara ke pusingan kedua walau tewas 3-2 kepada Argentina tetapi detik kemenangan milik Lionel Messi yang menjaringkan dua gol dalam persembahan peribadi yang cemerlang.

Persembahan kapten Argentina itu bukan sahaja membantu negaranya menjuarai Kumpulan F malah meraihnya anugerah pemain terbaik perlawanan untuk kali ketiga berturut-turut

Walau tewas, Nigeria mara ke pusingan kedua untuk kali pertama sejak 1998 selepas Bosnia menundukkan Iran 3-1 di Salvador.

Sementara itu, Perancis dan Switzerland mara ke pusingan kedua dari Kumpulan E selepas perlawanan kumpulan terakhir semalam.

Perancis diikat 0-0 leh Ecuador untuk menjuarai kumpulan sementara Switzerland menundukkan Honduras 3-0.

Argentina akan bertemu naib juara Kumpulan E Switzerland di Sau Paulo Rabu nanti sementara Nigeria bertemu Perancis di Brasilia sehari sebelumnya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.