Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi, Ronaldo dan Neymar dalam senarai pendek Pemain Terbaik Dunia Fifa

Dec 01, 2015 | 11:08 AM



ZURICH: Pasangan Barcelona, Lionel Messi dan Neymar, berada dalam senarai pendek bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia (Ballon d'Or) Fifa, bersama penyandang gelaran dua kali, Cristiano Ronaldo, dari Real Madrid.


Sementara Ronaldo, dari Portugal, berjaya sejak dua musim lalu (dalam tiga kemenangan), Messi, dari Argenetina, telah memenangi anugerah yang didambakan itu empat kali, manakala Neymar, dari Brazil, masuk dalam senarai pendek anugerah tersebut buat kali pertama.


Messi menjadi mangkin bagi kejayaan mengagumkan Barcelona meraih tiga gelaran musim lalu (Liga Juara-Juara, Liga Primera Sepanyol dan Piala Sepanyol) dan akan menjadi pilihan ramai.


Ronaldo mengakhiri musim lalu tanpa sembarang trofi tetapi bakat individunya bersinar, dengan menjadi penjaring tertinggi La Liga dengan 48 gol, dan mendahului dengan tujuh gol dalam Liga Juara-Juara musim ini.


Kapten pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Dunia wanita, Carli Lloyd (AS/Houston Dash), Aya Miyama (Jepun/Okayama Yunogo Belle), dan Celia Sasic (Jerman/FFC Frankfurt) dicalonkan bagi anugherah Pemain Terbaik Dunia Wanita Fifa.


Dua jurulatih Sepanyol, Pep Guardiola (Bayern Munich) dan Luis Enrique (Barcelona), termasuk dalam senarai pendek anugerah Jurulatih Terbaik Dunia bagi Bola Sepak Lelaki Fifa bersama Jorge Sampaoli, jurulatih dari Argentina yang memimpin Chile memenangi Copa America.


Semua anugerah itu akan disampaikan dalam majlis anugerah Figa di Zurich pada 11 Januari. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >