MADRID: Berehat tidak semesti 'berkarat'.
Begitulah yang dibuktikan Lionel Messi apabila menjaringkan dua gol dalam kemunculan sulung sekembalinya daripada berehat panjang selama 59 hari untuk membantu Barcelona mengatasi Getafe 4-0 dalam perlawanan timbal balas pertama peringkat kalah mati pertandingan Copa del Rey Sepanyol kelmarin.