NATAL (Brazil): Mexico bersedia berdepan tuan rumah Brazil setelah menumpaskan Cameroon dalam perlawanan pembukaannya kata jurulatih Mexico, Miguel Herrera.
Gol tunggal jaringan Oribe Peralta memberikan Mexico kemenangan 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan pusingan pertama Kumpulan A yang menyaksikan tiga gol dibatalkan kerana offside.