LIGA PERDANA ENGLAND

Mirallas cuai depan gol, Everton cicir dua mata

KEGAGALAN Kevin Mirallas menjaringkan penalti membawa padah, menyebabkan Everton tercicir dua mata seleps diikat 0-0 oleh West Brom dalam perlawanan liga pada dini hari Selasa.

Selepas diberi penalti di penghujung babak pertama, Mirallas dilihat merebut bola daripada Leighton Baines - pengambil penalti asal Everton - dan bergegas ke petak penalti.

Mirallas digantikan oleh pengurus Everton Roberto Martinez di waktu rehat walau Martinez enggan mengesahkan kededua insiden itu berkaitan.

Keputusan itu bermakna Everton kekal tanpa kemenangan dalam enam perlawanan liga. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.