MENIMBA pengalaman daripada usia yang muda adalah salah satu teras kejayaan dan 16 pesilat cilik yang mewakili Persekutuan Silat Singapura (Persisi) kini berada di Hatyai, Thailand, untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Pencak Silat Belia Pertama yang berlangsung dari 15 hingga 21 Mei ini.
Kumpulan 10 pesilat pertama telah berada di Hatyai sejak kelmarin, sementara kumpulan enam pesilat terakhir tiba di Hatyai lewat petang semalam.