TURIN (Italy): Alvaro Morata dan Carlos Tevez masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu Juventus menewaskan Real Madrid 2-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di sini kelmarin.
Morata, yang meninggalkan Real untuk menyertai Juventus pada musim panas lalu, menolak masuk bola yang melantun daripada cubaan Tevez pada minit kelapan.