Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho akur terma peribadi dengan Manchester United: Laporan

May 25, 2016 | 07:06 AM



LONDON: Jose Mourinho telah bersetuju terma peribadi untuk menjadi pengurus Manchester United, televisyen Sky Sports melaporkan pada Selasa (24 Mei) dengan memetik sumber yang tidak dinamakan.



Terdahulu, media British melaporkan bahawa ejen Mourinho, Jorge Mendes, terbang ke London pada Selasa untuk memimpin perbincangan dengan United.



Pengurus Portugis berusia 53 tahun itu bakal menggantikan Louis van Gaal, yang tempoh dua tahunnya mengurus United berakhir pada Isnin, dua hari selepas pasukan itu menjulang Piala FA.



Mourinho dipecat oleh Chelsea pada Disember, tujuh bulan selepas memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ketiga untuk pasukan Stamford Bridge itu.



Ia menamatkan tempoh keduanya sebagai jurulatih kelab London itu.



Beliau secara konsisten dikaitkan dengan jawatan di Old Trafford tahun ini, dengan pasukan Van Gaal akhirnya menduduki tempat kelima dalam EPL dan gagal layak ke Liga Juara-Juara.



Mourinho juga pernah mengurus Porto, Inter Milan dan Real Madrid. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >