LONDON: Jose Mourinho telah menolak cadangan agar beliau menghabiskan kerjaya di Manchester United, sedang beliau bercakap mengenai projek 'istimewa' di kelab Perancis, Paris Saint-Germain.
Mourinho, yang dikecam selepas mengarah pasukannya bertahan sepanjang perlawanan semasa mengikat Liverpool 0-0 dalam perlawanan Liga Perdana England Sabtu lalu, berkata demikian semasa diwawancara penyiar televisyen Perancis.