Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho dilamar PSG?

Apr 20, 2016 | 09:46 AM



LONDON: Juara Perancis, Paris Saint-Germain, telah mendekati Jose Mourinho dalam usaha menjadikan beliau pengurus baru mereka musim panas ini, lapor Sky Sports.



PSG telah cuba menandatangani warga Portugis itu dua kali sebelum ini dan percubaan terbaru mereka difahamkan berpunca daripada penyingkiran kelab itu daripada Liga Juara-Juara minggu lalu.



Kekalahan agregat 2-3 kepada Manchester City menandakan empat musim berturut-turut PSG tersingkir di peringkat suku akhir.



Pada Februari lalu, pengurus Laurent Blanc menandatangani kontrak lanjutan dua tahun yang mengikat beliau dengan PSG hingga 2018.



Namun kelab itu kini percaya Mourinho, yang membimbing Porto dan Inter Milan hingga merangkul gelaran Liga Juara-Juara, orang yang boleh membawa mereka mara di Eropah.



Menurut Sky Sports, Mourinho menganggap PSG, yang telah membuat pelaburan besar sejak dimiliki pemilik dari Qatar pada 2012, satu pilihan untuk beliau kembali kepada bidang pengurusan.



Bagaimanapun, Mourinho masih mendambakan jawatan di Manchester United dan akan memantau perkembangan di Old Trafford sebelum membuat keputusan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >