Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho dipecat sebagai pengurus Chelsea

Dec 18, 2015 | 07:51 AM



LONDON: Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Chelsea, juara Liga Perdana Inggeris, pada awal pagi Jumaat (18 Dis) selepas satu tempoh keputusan mengecewakan membuat kelab barat London itu berada satu mata di atas zon penyingkiran.


Satu kenyataan kelab itu berkata Chelsea dan pengurus Portugal berusia 52 tahun itu berpisah dengan "persetujuan bersama", tujuh bulan selepas beliau membawa mereka menjulang trofi liga dengan kelebihan lapan mata.


Ia mengakhiri kejatuhan menakjubkan Mourinho, yang dinilai sebagai salah seorang jurulatih terbaik di dunia, yang menyifatkan dirinya sebagai "orang yang gembira" apabila beliau kembali untuk kali kedua memimpin Chelsea pada 2013 selepas Inter Milan dan Real Madrid.


Kekalahan 2-1 Chelsea kepada pendahulu liga, Leicester City, Isnin lalu, yang kesembilan dalam 16 perlawanan liga sejak awal musim, ternyata menjadi kekecewaan terakhir bagi pemilik Chelsea, Roman Abramovich.


Mourinho menuduh sebahagian pemainnya "mengkhianati kerja saya" selepas kekalahan tersebut.


"Semua orang di Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Jose atas sumbangan besar beliau sejak kembali sebagai pengurus pada musim panas tahun 2013," kata kenyataan dalam laman web kelab itu (www, chelseafc.com).


"Tiga kejuaraan liga, Piala FA, Perisai Masyarakat dan tiga kemenagan Piala Liga beliau sepanjang dua musim membuat beliau pengurus paling berjaya dalam sejarah 110 tahun kami.


"Bagaimanapun, kedua-duanya, Jose dan lembaga, bersetuju keputusan tidak cukup baik bagi musim ini dan percaya berpisah adalah yang terbaik bagi kedua-dua pihak.


"Kelab ini hendak menegaskan bahawa Jose meninggalkan kami dengan hubungan baik dan beliau akan sentiasa kekal sebagai seorang tokoh yang amat disayangi, dihormati dan penting di Chelsea."


Chelsea berkata, mereka tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut hingga pelantikan baru dibuat.


PENGURUS SEMENTARA


Sementara itu, Guus Hiddink disebut-sebut sebagai menjadi pilihan untuk mengambil alih sebagai pengurus sementara Chelsea, sebagaimana beliau melakukannya dengan jayanya pada 2009 apabila Chelsea memecat Luiz Felipe Scolari, pengurus dari Brazil. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >