STOCKHOLM: Pengurus Jose Mourinho menyifatkan kejayaan Manchester United menjadi juara Liga Europa sebagai pengubat setelah "menjadi pasukan paling teruk di dunia" musim ini.
Jaringan oleh Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan membolehkan United mencapai kemenangan 2-0 ke atas Ajax Amsterdam di Stockholm kelmarin, sekali gus membuat Mourinho memperolehi satu lagi piala buat kelabnya, selepas kemenangan dalam Piala Liga England (EPL) dan Perisai Masyarakat.