LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata beliau "menentang sepenuhnya" penganjuran perlawanan persahabatan antarabangsa menyusuli kecederaan yang menimpa dua tunggak pertahanan pasukannya semasa mewakili England - Chris Smalling dan Phil Jones.
Mourinho dijangka kehilangan sehingga lima pemain utamanya - termasuk Paul Pogba, yang cedera dan Zlatan Ibrahimovic, yang digantung - apabila Liga Perdana disambung semula hujung minggu ini.