Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Mourinho tetap dapat sokongan Chelsea

Oct 06, 2015 | 06:24 PM



LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, terus menikmati 'sokongan penuh' kelab itu walau ia memulakan musim dengan mengecewakan, kata juara Liga Perdana England itu dalam satu kenyataan semalam.


"Sebagaimana yang dikatakan Jose sendiri, keputusan yang dikecapi setakat ini tidak mencukupi dan pasukan perlu memperbaiki persembahannya.


"Namun kami percaya bahawa kami memiliki pengurus yang sesuai bagi mengubah nasib kami musim ini dan beliau memiliki skuad yang mampu melakukannya," kata Chelsea dalam kenyataan itu.


Chelsea kini berada di tangga ke-18 dalam liga selepas lapan perlawanan, dengan dua kemenangan dan empat kekalahan - permulaan musim paling buruk dalam 37 tahun.


Kenyataan itu dikeluarkan Chelsea kurang sehari selepas Liverpool memecat pengurusnya, Brendan Rodgers, dan Dick Advocaat meletak jawatan di Sunderland.


Kenyataan sokongan itu dikeluarkan hampir serentak dengan pengumumuan Persatuan Bola Sepak (FA) tentang tuduhan salah laku ke atas Mourinho berkaitan komennya selepas Chelsea tewas 1-3 kepada Southampton pada 3 Oktober.


Menurut FA, tindakan Mourinho ketika itu - mendakwa pegawai perlawanan bersikap berat sebelah - 'memburukan nama sukan'.


Mourinho tidak puas hati selepas Radamel Falcao menerima kad kuning kerana didakwa cuba memperdayakan pengadil dalam insiden melibatkan penjaga gawang Southampton, Maarten Stekelenburg.


Kata Mourinho, pegawai perlawanan 'takut' memberi keputusan yang berpihak kepada Chelsea.


Beliau diberi tempoh sehingga Jumaat bagi memberi respons kepada tuduhan itu. - AFP, AP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >