PIRAEUS (Greece): Pengurus David Moyes mengakui beliau terkejut dengan mutu persembahan Manchester United yang dikejutkan oleh Olympiakos dalam pusingan kalah mati pertandingan Liga Juara-Juara pagi semalam. United kalah 0-2.
Ekoran kekalahan itu, United perlu menjaringkan lebih daripada dua gol dalam perlawanan kedua di Old Trafford pada 19 Mac untuk meneruskan cabarannya dalam Liga Juara-Juara.