PRESTON (England): Pengurus Louis van Gaal menyuarakan keghairahan diberi peluang berdepan juara bertahan Arsenal di Old Trafford selepas Manchester United menempah tempat di pusingan suku akhir pertandingan Piala FA awal pagi semalam.
Gol-gol sumbangan Ander Herrera, Marouane Fellaini dan Wayne Rooney membolehkan United mara selepas mengalahkan Preston North End 3-1 dalam pusingan kelima.