CAMBRIDGE (England): Manchester United mengalami malu besar apabila disekat 0-0 oleh kelab kerdil liga keempat Cambridge United dalam pusingan keempat pertandingan Piala FA pagi semalam, namun pengurus Louis van Gaal berkata beliau tidak sedikitpun berasa bimbang mengenai persembahan hambar pasukannya.
Van Gaal menurunkan pasukan yang kuat di Stadium Abbey tetapi kehadiran Angel di Maria, Radamel Falcao dan Robin van Persie gagal membantu United mengelak perlawanan itu daripada diulangi di Old Trafford.