Muguruza bukti reputasi dengan kemenangan hebat ke atas Safarova

PEMAIN yang disebut-sebut sebagai srikandi masa depan tenis dunia, Garbine Muguruza, membuktikan reputasinya apabila membuka kempen Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas dengan kemenangan hebat.

Pemain Sepanyol itu, yang juga pemain termuda di kalangan senarai lapan pemain elit di kejohanan penutup tirai musim ini yang menawarkan hadiah AS$7 juta ($9.75 juta), mencatatkan kemenangan 'straight set' 6-3, 7-6 ke atas pencabarnya yang berusia 28 tahun dari Republik Czech, Lucie Safarova, dalam pertemuan Kumpulan Putih yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi (26 Oktober).

Berusia 22 tahun, Muguruza menyajikan pukulan-pukulan servis yang penuh yakin untuk mencatatkan 10 'ace' di samping menguasai permainan di garisan 'baseline' untuk meneruskan prestasi cemerlangnya sejak kebelakangan ini.

Finalis di kejohanan Wimbledon di samping memenangi kejuaraan terbesarnya di Terbuka China awal bulan ini, pilihan ketiga dunia itu yang juga pilihan kedua di WTA ini merampas 'game' ketiga set pembukaan untuk menguasai permainan hingga tamat melalui pukulan-pukulan 'groundstroke' yang kencang.

"Ini satu pertarungan yang sengit. Ini kali pertama saya beraksi dalam acara perseorangan di sini, jadi perasaan gugup tidak dapat dielakkan.

"Tetapi saya fikir saya telah bermain dengan baik sekali dan benar-benar bersemangat mahu menang," ujar Muguruza yang bersama-sama Safarova adalah antara tiga pemain yang tampil buat pertama kali di kejohanan elit penutup musim WTA ini.

Dua lagi pemain yang diundi dalam Kumpulan Putih ialah Angelique Kerber dan juara 2011, Petra Kvitova, yang dijadualkan beraksi selepas pertarungan Muguruza-Safarova.

Empat pemain yang membentuk Kumpulan Merah pula ialah pilihan utama, Simona Halep dari Romania; srikandi Russia, Maria Sharapova; Flavia Pennetta dari Italy; dan pemain Poland, Agnieszka Radwanska.

Dua pemain teratas kumpulan masing-masing akan mara ke separuh akhir sebelum pemenangnya bersaing bagi menjulang trofi kejuaraan Billy Jean King - di edisi kejohanan kali ini yang meragut penyertaan pemain nombor satu wanita dunia, Serena Williams, yang mengundurkan diri kerana masalah kecederaan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.