Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Muguruza teruskan langkah cemerlang dengan kemenangan kedua di Final WTA

Oct 28, 2015 | 10:03 PM



PEMAIN sensasi terbaru tenis wanita dunia, Garbine Muguruza, meneruskan kehebatannya di Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas ini apabila menewaskan pencabarnya dari Jerman, Angelique Kerber, 6-4, 6-4 di Stadium Tertutup Singapura dalam satu pertarungan sengit yang berakhir sebentar tadi (28 Oktober).


Ia meneruskan langkah cemerlang srikandi Sepanyol berusia 22 tahun itu - pemain termuda dalam senarai elit lapan pemain yang beraksi di kejohanan penutup tirai musim yang menawarkan hadiah AS$7 juta ($9.75 juta) ini - selepas menewaskan Lucie Safarova dalam perlawanan pembukaan Kumpulan Putih malam kelmarin.


Bagi Kerber, ia adalah kekalahan pertamanya selepas membuka tirai kejohanan ini dengan mengejutkan juara Grand Slam dua kali di Wimbledon dan pemain pilihan kelima dunia, Petra Kvitova.


Dalam pertarungan awal hari ini, Kvitova menghidupkan peluangnya dengan kemenangan 7-5, 7-5 ke atas rakan senegara dari Republik Czech, Safarova, yang hampir pasti terkeluar daripada persaingan merebut tempat ke separuh akhir selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >