Muhammad Ali kini kritikal

WASHINGTON (AMERIKA SYARIKAT): Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali kini berada dalam keadaan yang kritikal, demikian menurut laman sukan, NDTV Sports.

Memetik sumber-sumber dari kalangan keluarganya, NDTV Sports menyatakan dalam laporannya semalam, Muhammad Ali, 72 tahun, yang mengidap penyakit Parkinson sejak 1984 dipercayai mula serius selepas tidak menghadiri pelancaran filem tentang dirinya, "I am Ali" (Saya Ali) pada minggu lalu.

Berita tentang petinju dulu itu timbul sedang dua lagi seterunya dalam sukan tinju, Joe Bugner, 64 tahun, dan Leon Spinks, 61 tahun, kedua-duanya dari Britain, kini sedang berhadapan dengan penyakit jantung dan perut yang serius.

Malah, Spinks telah menjalani beberapa pembedahan baru-baru ini.

Anak perempuan Ali, Hana, optimis bahawa bapanya akan panjang umur.

"Saya hubunginya setiap pagi setiap hari. Beliau dapat bercakap dengan baik pada waktu pagi. Anda dapat mendengar kelembutan suaranya.

"Beliau berjenaka dan mengatakan akan kembali bertinju. Jadi beliau ingin dunia tahu bahawa beliau senang dengan dirinya sebagai Muhammad Ali," kata Hana yang ditukil akhbar The Telegraph baru-baru ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.