Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Muhammad Ali tidak kritikal, dalam keadaan baik

Oct 21, 2014 | 06:12 PM



KISAH petinju legenda Muhammad Ali yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal adalah tidak benar, menurut dua orang anak perempuannya Hana dan May May.


"Beliau berada dalam keadaan baik, sebenarnya," kata Hana dalam satu wawancara televisyen dengan rancangan Today.


"Kami menelefon beliau setiap pagi dan beliau masih Muhammad Ali. Beliau tidak berada dalam sebarang kesakitan dan mengikut rutin harian seperti biasa," kata Hana.


Berita tentang keadaan Muhammad Ali yang kian kritikal meledak di media sosial dua minggu lalu, apabila petinju handal yang menghidap penyakit Parkinson sejak 1984 itu, tidak hadir ke tayangan pembukaan dokumentari kisah hidupnya 'I Am Ali' di London. Malah, ada desas-desus mengatakan Muhammad Ali telah meninggal dunia.


Khabar angin ini timbul setelah abangnya, Rahman, memberitahu akhbar The Mirror bahawa Muhammad Ali uzur dan 'tidak mampu bertutur dengan baik'.


"Malangnya, ada sesetengah ahli keluarga kurang faham bahawa penyakit Parkinson menjejas pertuturan seseorang kerana mereka jarang mendampingi Muhammad Ali. Jadi, bila mereka bertemunya, mereka sangka beliau kian uzur," kata May May.


"Tapi beliau biasa sahaja. Usah bimbang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >