Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mula-mula benci bola sepak,kini Sam Kerr jadi bintang negara

Sep 25, 2023 | 05:31 AM



AUSTRALIA: Sam Kerr tidak menyangka keputusannya untuk bermain bola sepak semasa berusia 12 tahun bukan sahaja bakal membawa tuah malah turut melonjakkan popularitinya, walhal sebelumnya beliau bencikan sukan itu.


“Saya benci bola sepak. Saya tidak ada bola di rumah,” katanya dalam satu temu ramah yang disiarkan di laman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Namun bak kata pepatah, belum cuba belum tahu. Setelah mula ‘gelek’ beliau jatuh cinta kepada sukan itu.

Abangnya, Daniel, 10 tahun lebih tua, adalah bintang pasukan Perth, West Coast Eagles.

Apabila kawan lelakinya yang bermain bersamanya semakin besar, aksinya menjadi lebih fizikal.

Beliau akan pulang daripada perlawanan dengan mata lebam atau hidung bengkak.

Pada usia 12 tahun, pasukannya dikhususkan untuk lelaki. Beliau tidak boleh bermain bersama rakan-rakannya lagi.

Ini merupakan penghujung satu perjalanan, tetapi permulaan perjalanan yang baru; yang telah menjadikannya salah seorang pemain wanita terhebat sepanjang zaman.

“Saya tidak akan katakan bahawa Kerr suka bola sepak pada mulanya,” kata ibunya, Roxanne, kepada BBC World Service’s World Football.


“Oleh kerana kami sekeluarga peminat bola sepak Australia (AFL), ia amat mengecewakan Kerr kerana tidak dapat bermain bersama rakan-rakannya, dan pada mulanya beliau tidak mengambil berat tentang bola sepaknya,” tambah Roxanne.

Berusia hanya 15 tahun, Kerr mewakili pasukan kebangsaan Australia, Matildas, buat kali pertama.

Kerr menganggap penglibatannya dalam Piala Dunia Wanita 2023 sebagai minggu terbaik dalam kerjayanya dan beliau bercadang untuk mewakili Australia di kejohanan terunggul dunia itu pada 2027.

Kejayaan pasukan pimpinan Kerr menduduki tempat ke-4 dalam Piala Dunia Wanita 2023 yang dianjurkan bersama oleh New Zealand dan Australia itu membuka mata dunia terhadap kehandalan Kerr di padang bola.

Sepanyol menjuarai kejohanan terunggul itu selepas menewaskan England 1-0 sementara Sweden menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan Australia.

Gol antarabangsa senior pertama Kerr tiba setahun selepas kemunculan sulungnya untuk Australia pada 2009.

Semasa Piala Dunia Wanita 2019, Kerr menjadi pemain Australia pertama menjaring hatrik atau menyumbang tiga gol dalam satu perlawanan dalam kejohanan dunia.

Cara meraikan gol Kerr telah menjadi sesuatu yang biasa dilihat sejak masa itu.

Jurulatih Sermanni tidak ragu-ragu untuk memasukkan Kerr ke dalam skuad senior pada usia yang begitu muda – berusia 15 tahun.

“Beliau mempunyai bakat. Tanggapan pertama saya adalah kuasa dan tenaga,” kata Sermanni.

Pada permulaan kerjaya profesionalnya, posisi yang jelas untuk meletakkan Kerr – sangat pantas tetapi tiada pengalaman – di bahagian sayap.

Inilah posisinya untuk pasukan Australia, Perth Glory.

Namun, apabila Bobby Despotovski dilantik sebagai jurulatih pasukan liga wanita Australia pada 2014, beliau berasa Kerr boleh mencapai lebih banyak lagi di bahagian tengah.

“Saya terfikir sendiri, beliau tidak digunakan, berada di luar kotak, dan begitu jauh dari gawang,” katanya kepada BBC Sport.


Selepas beberapa halangan akibat kecederaan, beliau mula menjaringkan gol.

Tidak kira jika impian Piala Dunia tercapai atau tidak, Kerr telah memastikan tempatnya sebagai salah seorang atlet terhebat Australia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >