PENYERANG Bayern Munich, Thomas Muller, berkata beliau merasakan pasukannya telah bermain dalam perlawanan "10 lawan 14" selepas penyingkiran mereka daripada Liga Juara-Juara Eropah di Real Madrid pada Selasa lalu.
Bayern tewas 4-2 pada masa tambahan di Bernabeu dan tersingkir daripada peringkat suku akhir kejuaraan tersebut dengan agregat 6-3.