MYANMAR mencatat kejutan dan menjadi pasukan pertama mara ke final pertandingan bola sepak di Sukan Asia Tenggara (SEA) selepas ia menewaskan Vietnam 2-1 di Stadium Negara semalam.
Sebaliknya, Vietnam, yang dianggap antara pasukan pilihan ke final, perlu mempersalahkan diri sendiri kerana membiarkan pasukan bergelar 'White Angels' menewaskannya walau menguasai permainan, terutama pada babak pertama.