Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nagelsmann mahu gembleng sokongan padu penyokong sebagai jurulatih baru Jerman

Oct 01, 2023 | 05:30 AM



Matlamat utama Julian Nagelsmann selepas mengambil alih sebagai pengurus Jerman hanya satu – membuat gaya permainan pasukan kebangsaan lebih menarik agar negara dapat bersatu di belakang pasukan.

Ini lebih-lebih lagi di kala Piala Euro 2024 bakal menjelma dan diadakan di halaman sendiri.

Nagelsmann baru-baru ini diumumkan sebagai jurulatih baru skuad Jerman dan mengambil alih tugasan Hansi Flick – yang dipecat selepas kekalahan 1-4 di tangan Jepun dalam perlawanan persahabatan pada awal September.

Menurut Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Nagelsmann mengambil alih sebagai pengurus sehingga temasya UEFA Euro 2024 berakhir.

Dalam satu kenyataan, Presiden DFB, Bernd Neuendorf, berkata: “Kami yakin sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, Julian Nagelsmann akan memastikan pasukan itu mencipta keriangan di kalangan penyokong dan akan berjaya di Euro (2024)”.

Dalam satu sidang media selepas pelantikannya diumumkan oleh DFB, Nagelsmann berkata matlamatnya ialah “menyatukan negara” di belakang pasukan kendaliannya.

“Kami ingin menyuntik kegirangan kepada penyokong dengan permainan bola sepak yang hebat.

“Kami ingin bermain bola sepak dengan idea yang khusus tetapi kami juga inginkan gaya permainan bola sepak yang menarik yang tidak hanya semata-mata (berlandaskan) pada keputusan,” jelasnya.

Beliau menambah hal sedemikian penting kerana Jerman menjadi tuan rumah temasya Piala Euro pada 2024, yang beliau sifatkan sebagai satu peristiwa istimewa.

Beliau menjelaskan: “Kami mengadakan kejuaraan Eropah di negara kami sendiri dan itu hal yang istimewa – ia berlaku setiap beberapa dekad. Saya bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran ini.”

Nagelsmann mengambil alih tugas sebagai pengurus di kala prestasi Jerman kian merudum kebelakangan ini.

Di bawah bimbingan pengurus sebelum ini, Jerman kalah empat daripada tujuh perlawanan persahabatan baru-baru ini dan sekali lagi gagal mara ke peringkat kalah mati dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

Oleh demikian, Nagelsmann mempunyai tugas berat untuk menyuntik semangat dan keyakinan tinggi dalam pasukan – ia mungkin lebih mudah baginya kerana ada persefahaman dengan tunggak utama seperti Leon Goretzka dan pemain muda berbakat Jamal Musiala.

Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih mereka dan beberapa pemain kesebelasan lain ketika bersama Bayern Munich dari Julai 2021 hingga Mac 2023.

Di bawah pengurusannya, Bayern berjaya mempertahankan mahkota Bundesliga bagi musim 2021/22, 2022/23 dan mencapai peringkat suku akhir Liga Juara-juara 2022/23.

Dalam perlawanan suku akhir itu, Bayern tumbang di tangan Villarreal melalui agregat 1-2.

Sememangnya, kaliber Nagelsmann sebagai pengurus tidak disangsikan di peringkat kelab.

Malah, beliau merupakan jurulatih paling muda mengendalikan kelab Bundesliga setelah mengambil alih sebagai pengurus Hoffenheim semasa berusia 28 tahun pada 2015.

Semasa beliau menguruskan RB Leipzig selama dua tahun dari Julai 2019 hingga Jun 2021, beliau mengenal pasti dan menggilap potensi pemain-pemain seperti Kerem Demirbay dan Timo Werner.

Tempoh beliau sebagai pengurus pasukan tersebut juga menyaksikan RB Leipzig menjadi naib juara DFB-Pokal musim 2020/21 – pertama kali pasukan itu menjejakkan kaki ke peringkat akhir piala domestik Jerman.

Beliau turut dikenali di RB Leipzig sebagai pengurus yang menerapkan tekanan tinggi di barisan pertahanan lawan dan penguasaan bola.

Di peringkat antarabangsa, beliau pengurus termuda mengendalikan skuad kebangsaan Jerman sejak Otto Nerz, yang dilantik menjadi pengurus skuad kebangsaan pada 1926 pada usia 34 tahun.

Walaupun Nagelsmann tentunya mahu kejayaan usahanya berterusan di persada antarabangsa, khususnya dalam mengurus kelab kebangsaan, tekanan dan pendekatan yang beliau ambil barangkali perlu kelainan.

Antara perkara utama adalah mengenal pasti pemain yang bakal mewakili Jerman dan kesemua pemain selari dengan falsafah yang ingin diterapkannya – sesuatu yang gagal dicapai Flick.

Ujian awal beliau kelak adalah perlawanan antarabangsa menentang tuan rumah bersama bagi Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat dan Mexico, pada Oktober sebelum berhadapan dengan Austria pada November. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >