Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Nasib City dalam tangan sendiri, tak harus disesia: Guardiola

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Pep Guar-diola berkata Manchester City telah membuktikan mereka boleh mengatasi tekanan dan meraih keputusan yang diingini, selepas pasukannya itu menewaskan pendahulu Arsenal bagi merampas kelebihan dalam persaingan menjuarai Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Nasib City, yang mengekori Arsenal bagi sebahagian besar musim, kini berada di dalam tangan sendiri hasil kemenangan 4-1 di Stadium Etihad pada Rabu.



Ia masih menduduki tangga kedua, ketinggalan dua mata di bawah Arsenal, tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan, dengan baki tujuh perlawanan.



"Kami tidak mampu hilang tumpuan. Kini nasib kami dalam tangan sendiri," kata Guardiola.



"Tiga perlawanan akan datang boleh menentukan apa yang boleh kami raih. Realitinya ialah kami masih di belakang Arsenal. Kami tidak boleh mensesiakan peluang ini."



City masih berpeluang memenangi tiga trofi utama - EPL, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.



Guardiola berkata pengalaman anak didiknya memberi tumpuan pada penghujung musim yang penuh pertaruhan ini genting dalam menentukan kejayaan mereka.



"Mereka tahu adalah wajar untuk akur bahawaa kami hampir ke garisan penamat dan pada masa sama sedar kami perlu terus memenangi perlawanan untuk berjaya," katanya.



"Sikap anda berasa terdesak untuk menang adalah sikap terbaik bagi saya," tambahnya.



Kevin de Bruyne menjaringkan dua gol sementara John Stones dan Erling Haaland menyumbang satu gol setiap seorang untuk menundukkan Arsenal.



De Bruyne berkata beliau dan pemain lain tidak akan menghiraukan hujah orang luar bahawa City juara musim ini.



"Banyak lagi perkara boleh berlaku. Jadual kami padat. Kami tidak akan bersikap sambil lewa," katanya.



Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata Arsenal perlu dan boleh memenangi semua baki perlawanannya.



Arsenal berbaki lima perlwanan dan perlu mengutip kesemua 15 mata dan berharap City mencicir mata untuk memenangi liga.



Pada awal April, mereka, yang mengakhiri musim lalu di tangga kelima, mendahului dengan lapan mata.



Namun, kegagalan menewaskan Liverpool, West Ham dan Southampton - kesemua perlawanan itu berkesudahan seri - bermakna mereka mencicir enam mata dan hilang momentum menjelang perlawanan menentang City.



"Kami tahu kami harus beraksi pada tahap terbaik, tapi kami tidak bermaya berbuat demikian," kata Arteta.



"Buat masa ini, pemain kami sedang sengsara dan saya perlu menyemarak semangat mereka semula."



Namun, beliau berkata pemainnya boleh berbangga akan pencapaian mereka musim ini.



"Cara kami kalah kepada City sukar ditelan, tetapi kami akan memberi tumpuan pada projek lebih besar di Arsenal," kata Arteta.



"Cara kami bersaing setaraf dengan pasukan City yang hebat ini menakjubkan. Apa sahaja boleh berlaku dalam baki musim ini dan kami tidak boleh berhenti berjuang," kata Arteta lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >