PERSEMBAHAN hambar yang menyebabkan tiga kekalahan berturut-turut dalam masa seminggu telah mengundang beberapa kritikan daripada segelintir peminat Manchester United dan mereka meminta supaya kapten pasukan, Wayne Rooney, digugurkan daripada kesebelasan utama.
Bekas kapten dan legenda bola sepak England, Alan Shearer, turut memberi pendapat bahawa dengan prestasi Rooney kebelakangan ini, pengurus pasukan, Jose Mourinho, perlu menggugurkan pemain itu.