Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nelly Korda juarai Kejohanan Drive On LPGA

Jan 29, 2024 | 04:49 PM



FLORIDA: Nelly Korda dari Amerika Syarikat membuat pukulan par pada lubang kedua perlawanan tambahan penentuan (playoff) untuk menewaskan pemain New Zealand Lydia Ko dan menjuarai Kejohanan Drive On di hadapan penyokong sendiri pada 28 Januari.


Kemenangan anak jati Bradenton itu dalam kejohanan di Bradenton (Florida) Country Club itu adalah kejuaraan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) beliau yang kesembilan dalam kerjayanya.

Pemain nombor empat dunia berusia 25 tahun itu menamatkan permainannya dengan melakukan ‘eagle-birdie’ dua hari berturut-turut dan memaksa perlawanan tambahan penentuan.

Beliau kemudian mencatatkan prestasi hebat untuk menghalang Ko, yang dilahirkan di Korea Selatan, memenangi kejuaraannya keduanya dalam dua minggu berturut-turut.

“Hari luar biasa. Tiada yang lebih (manis) daripada dapat melakukannya di depan penyokong sendiri.

“Walaupun saya ketinggalan (pada awalnya), penyokong sangat positif dan membantu saya untuk terus berjuang. Ia satu perjuangan sukar dan sukar saya mempercayai (kemenangan ini).

“Sejujurnya saya berpendapat kejohanan ini tamat selepas lubang ke-17 dan saya hanya memberi peluang kepada diri sendiri. Saya tahu jika saya memasukkan ‘eagle’, saya perlu melakukan ‘birdie’ pada lubang terakhir,” ujar Korda.

Korda dan Ko mengambil haluan berbeza untuk menamatkan 72 lubang dalam 11 bawah 273.

Ko, 26 tahun, mencapai dua bawah 69 dan Korda pula mencatatkan dua atas 73.

Korda ketinggalan satu atas par, dan harapannya untuk merangkul kejuaraan itu dari awal meleset dengan ‘bogey-double’ serta ‘bogey-bogey’ di lubang ke-14 hingga ke-16.

Ko kemudian mencatatkan ‘eagle’ luar biasa di lubang ke-17 dengan par lima untuk meraih penguasaan tunggal sebagai pendahulu.

Hayunan keduanya bagi lubang ke-17 itu melantun ke atas ‘green’ dan masuk ke dalam lubang.

Tidak lama selepas ‘eagle’ yang dicatatkan Ko, Korda membuat pukulan leret ‘eagle’ dalam lubang sama.

Ko mendapat par pada lubang ke-18, yang bermakna Korda memerlukan ‘birdie’ untuk mengikat, dan beliau menghasilkan pukulan pendekatan yang terletak beberapa inci dari pin, yang memerlukan permainan tambahan penentuan.

Ia kejuaraan LPGA pertama Korda – anak bekas juara tenis Terbuka Australia Petr Korda – sejak Kejohanan Wanita Pelican 2022.

Gelaran terakhirnya pada peringkat antarabangsa pula ialah pada 2023 dalam acara Jelajah Eropah Wanita di London.

Sekiranya Ko menang Kejohanan Drive On dan meneruskan rentak kemenangan bagi permulaan musim ini, beliau barangkali dapat meraih kejayaan ke-20 beliau dalam LPGA – melayakkan dirinya dalam Hall of Fame LPGA.

“Saya sebenarnya membuat pukulan baik pada (putt kedua), ia hanya tersasar sedikit lebih daripada yang saya fikirkan.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka saya membuat hayunan dengan unjuran terlalu pendek tetapi saya silap menilai cerun dan butirannya. Tetapi saya bermain sangat mantap hari ini,” ujar Ko. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >