ZURICH: Gergasi makanan Switzerland, Nestle, akan mengakhiri kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) kerana skandal yang kini membelenggu sukan itu, kata syarikat itu semalam.
Nestle mempunyai kontrak lima tahun dengan IAAF bernilai AS$5 juta ($6.95 juta) bagi menyokong program Atletik Kanak-Kanak IAAF.