LONDON: Newcastle United dan Norwich tersingkir daripada Liga Perdana selepas Sunderland mengatasi Everton 3-0 kelmarin.
Kemenangan Sunderland membolehkannya mengutip 38 mata, empat di atas Newcastle dan Norwich, yang mengalahkan Watford 4-2 kelmarin, dengan tinggal satu perlawanan sebelum musim berakhir.