Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Neymar mungkin dipenjara 2 tahun, didenda $15j kerana rasuah

Nov 24, 2016 | 08:01 AM



MADRID: Pendakwa raya Sepanyol mengesyorkan bintang bola sepak Brazil, Neymar, dipenjara dua tahun dan denda 10 juta euro ($15 juta) atas dakwaan rasuah berhubung perpindahannya ke Barcelona, menurut dokumen mahkamah yang didedahkan pada Rabu (34 Nov).



Pendakwa juga memohon hukuman penjara lima tahun bagi bekas presiden Barcelona, Sandro Rosell, yang meletak jawatan disebabkan skandal itu pada 2014, atas tuduhan penipuan dan rasuah.



Namun, mereka menggugurkan tuduhan terhadap presiden semasa, Josep Maria Bartomeu.



Kes ini bermula dengan aduan sebuah syarikat pelaburan Brazil, DIS, yang memiliki 40 peratus daripada hak sukan Neymar pada masa perpindahannya dari Santos pada 2013.



Dalam membentangkan kes mereka pada Rabu, DIS menggesa hukuman penjara lima tahun bagi Neymar dan ibu bapanya, lapan tahun bagi Rosell dan Bartomeu dan denda 195 juta euro ke atas Barca.



Hukuman dua tahun atau kurang lazimnya digantung bagi pesalah kali pertama di Sepanyol.



DIS juga mengesyorkan Neymar dilarang bermain bola sepak semasa hukuman.



Barcelona pada mulanya mengumumkan kos perpindahan sebanyak 57.1 juta euro, dengan 17.1 juta euro dibayar kepada Santos dan baki 40 juta euro dibayar kepada N&N, sebuah syarikat milik keluarga Neymar.



Bagaimanapun, pihak berkuasa Sepanyol percaya kos sebenar meningkat kepada 83.3 juta euro.



DIS menerima 6.8 juta euro, iaitu 40 peratus daripada bayaran yang diterima Santos.



Syarikat itu percaya ia ditipu kerana sebahagian daripada bayaran perpindahan dirahsiakan oleh Barcelona, Santos dan keluarga Neymar.



DIS juga berhujah bahawa perjanjian prakontrak antara Neymar dan Barca yang ditandatangani pada 2011 menghalang kelab lain daripada membuat tawaran ke atas pemain itu, sekali gus mempengaruhi nilai bayaran perpindahan.



Keputusan itu satu lagi tamparan kepada imej Barcelona dan Neymar sendiri, yang menandatangani kontrak lumayan baru untuk kekal di Barca hingga 2021 Jun lalu.



Barca berharap untuk menamatkan perkara keruh itu apabila ia bersetuju membayar denda 5.5 juta euro dalam perjanjian dengan pendakwa raya pada Jun bagi menyelesaikan sebuah kes berasingan dan memastikan kelab itu mengelakkan perbicaraan bagi tuduhan elak cukai berhubung perpindahan tersebut. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >