Neymar sah kekal di Barcelona

SAO PAULO: Penyerang Brazil, Neymar, akan menandatangani kontrak lima tahun bersama Barcelona minggu ini, kata ejennya pada Khamis (30 Jun), menamatkan spekulasi mengenai masa depannya di kelab gergasi Sepanyol itu.

"Atlit itu, bersama keluarganya, telah memutuskan untuk kekal dengan FC Barcelona dan akan memperbaharui kontraknya selama lima tahun lagi," kata NN Consultoria, agensi yang mewakili penyerang antarabangsa berusia 24 tahun itu.

"Kontrak itu akan dimeterai secara rasmi minggu ini. Keputusan ini menamatkan spekulasi mengenai masa depan bintang itu."

Neymar menulis di Twitter: "Saya amat gembira untuk meneruskan impian ini. Dirgahayu Barca dan dirgahayu Catalonia!"

Sebelum ini, Paris Saint-Germain, Real Madrid, United dan Manchester City disebut-sebut sebagai antara kelab yang mungkin melamar Neymar daripada Barcelona. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.