PERLAWANAN PERSAHABATAN

Neymar wira Brazil, jaring kesemua gol untuk benam Jepun 4-0

NEYMAR muncul wira pasukan Brazil apabila menjaringkan kesemua empat gol dalam kemenangan besar 4-0 ke atas Jepun yang disaksikan leih 51,000 penonton di Stadium Negara sebentar tadi.

Bintang Barcelona itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-17 sebelum melengkapkan hatriknya dalam minit ke-72. Beliau menambah satu lagi gol, lima minit sebelum wisel penamat.

Sementara itu, pasukan Jepun, yang memulakan permainan tanpa penyerang azimat Keisuke Honda, beberapa kali mengancam benteng pertahanan Brazil tetapi gagal mencuri sebarang gol.

Di sidang akhbar selepas perlawanan ketua jurulatih Brazil, Dunga memuji Neymar sebagai pemain yang istimewa.

"Beliau beraksi sebagaimana beliau bermain dengan rakan-rakannya. Beliau kini kapten pasukan kami dan dengan tanggungjawab baru ini, beliau telah bangkit menunjukkan keupayaannya," kata Dunga.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.