BRASILIA (Brazil): Jurulatih Nigeria, Stephen Keshi, melahirkan rasa tidak puas hati dan mengecam pengadil dari Amerika Syarikat, Mark Geiger, selepas anak didiknya tewas 0-2 di tangan Perancis dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia dinihari semalam.
"Pengadil juga manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi banyak kesilapannya yang dipersoalkan," tegas Keshi dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Nasional Mane Garrincha itu.