Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nketiah wira Arsenal; Arteta akur penyerang wajar diturunkan lebih kerap

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengaku beliau tidak bersikap adil ke atas Eddie Nketiah selepas pemain muda itu menjaringkan dua gol semasa diturunkan dalam perlawanan dengan Chelsea.



Nketiah 22 tahun, menjaringkan gol-gol yang cantik untuk membantu Arsenal menundukkan Chelsea 4-2 di Stamford Bridge.



Ini adalah hanya kali kedua Nketiah diturunkan dalam kesebelasan Arsenal dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Kontrak beliau dengan Arsenal dijadual luput pada penghujung musim ini.



Dalam satu wawancara awal minggu ini, Nketiah melahirkan kekecewaan tidak diberikan banyak peluang untuk menunjukkan bakatnya dan mempersoal masa depannya di Arsenal.



Diminta pandangannya mengenai keluhan Nketiah itu, Arteta berkata:



"Saya seharusnya menurunkan beliau lebih kerap.



"Ini telah saya katakan kepada beliau. Saya juga memberitahu beliau saya telah bersikap kurang adil kepadanya."



Difahami, Arsenal telah memulakan rundingan dengan Nketiah mengenai kontrak baru, tetapi pemain itu berkata beliau enggan berbincang lebih lanjut tanpa jaminan diberikan tempat dalam kesebelasan utama.



Nketiah berkata:



"Ada banyak khabar angin saya telah ditawarkan kontrak baru dan sebagainya... tapi pada masa ini, tumpuan utama saya adalah untuk bermain bola sepak dan beraksi secara lebih kerap.



"Itulah harapan saya dan itulah perkara yang paling senang saya lakukan... pada masa ini, saya masih di Arsenal."



Dalam semua pertandingan musim ini, Nketiah, yang pernah mewakili England di peringkat bawah usia 21 tahun, hanya diturunkan dari mula perlawanan sebanyak tujuh kali. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >